Recent Updates Toggle Comment Threads | Keyboard Shortcuts

  • ohseram 10:35 am on 26/10/2011 Permalink | Reply
    Tags: misteri rumah berhantu villa nabila, Misteri Villa Nabila di Johor Bahru, misteri villa nabilla, villa nabila berhantu   

    Misteri Villa Nabila di Johor Bahru 


    Ini adalah pintu masuk ke Banglo Kerabat atau lebih di kenali sebagai Cristine Palace.. ianya terletak di sebelah jalan Lido – Danga

    Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

    Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

    Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

    Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

    Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

    Versi #5 –
    Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

    Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

    Versi #6 - Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

    Kalau rasa berani sangat, try la ‘berhijrah’ ke sana.. tapi ingt.. waktu mlm ye? jgn lupa rakam.. hehehe.. Dah ramai yg saja nk jln2 ke Rumah Hantu tak berbayar tu.. ye la.. dia bukannya mcm funfair.. ok, aku ada url video drpd budak poli JB, dorg ada masukkan kat youtube.. ni rakaman siang hari..

    Member aku pernah masuk Villa Nabila tu, orang kata, kalau masuk genap, kat dlm tu jadi ganjil.. kalau masuk 8 org, cuba korg kira kat dlm tu.. entah-entah 9 orang.. kalau tak percaya korang leh tanya pengalaman (facebook name Tyecik Hades).. Kisah ni berlaku masa zaman rempitnya dulu.. Mat rempit biasa lah, hati cekal & kering.. Dorg akan cuba buat sesuatu yg org lain x berani nak buat.. Kalau korg dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa2 tu Alhamdulillah la.. Kadang2 time nk balik tu, enjin kenderaan takleh nak start.. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila..

    Ada beberapa budak penakut ni lagi best, takut punya pasal, dorg pilih cantik je iaitu pada bulan Ramadhan. Lepas bersahur kat Singgah Selalu pukul 2 pagi, dorg terus wat rombongan Cik Kiah ke Villa Nabila.. Nak tau apa terjadi? Lepas je matikan enjin nak ke rumah tu, tiba2 bumbung kereta dorg kena ketuk.. Lagi dasyat enjin kereta dia tak leh hidup.. Tapi Alhamdulillah, selepas beberapa doa di baca, enjin kereta pun hidup & mereka membatalkan hasrat utk jejak kan kaki ke dlm Villa Nabila tu.. Ingat! jangan sampai meracau sudah..

    Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang..

    Utk pengetahuan korg, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila & yg ke tiga agak dlm sikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor.. Bahaya & belum di siasat..

    Mengapa Villa Nabila begitu mistik? apakah punca dari mulut ke mulut yg sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru?
    Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yg tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila. Lama juga tertanam di dalam dinding rumah berkenaan. Sehinggalah polis dapat selesaikan kes ini. Kepada polis yg baca artikel ini, sila sahkan cerita ini please~ hehe.. ni video yg kedua aku search kat youtube.. tak tau la budak mana punya kerja..


    kalau korg rajin, korg try la main pause-pause.. mana lah tau korg ternampak lembaga yg tak di ingini masuk dlm video dorg tu.. huhuhu..

    aku ade jumpe link ni td…..tp aku xtau cite dlm link ni sahih ke x…tgk sndiri http://www.informasi.my/misteri-vill…i-johor-bahru/

     
  • ohseram 9:56 am on 26/10/2011 Permalink | Reply
    Tags: aneh, hanatu, hantu di masai johor, hantu di pasaraya, Johor, Kisah Seram di pasaraya KIPMART, kota tinggi, Masai, seram   

    Kisah Seram di pasaraya KIPMART, Masai, Johor 


    Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yg di katakan ‘berpenghuni’

    Tahukah korg bahawa setiap surau ‘berpenghuni’? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak di gunakan? maka terjadilah tempat2 jin melepak.. Jangan di sangka rumah kosong yg di biarkan lama je ‘berpenghuni’.. heh heh..

    Surau sepi ini berdekatan dgn pekan Masai.. Surau tu di buat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma utk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz utk mengajar kuliah di surau berkenaan..

    Yang aneh nya setiap kalii mengikuti kuliah nya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yg di hadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa2 pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..

    Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya…dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.

    Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!

    Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..

     
c
Compose new post
j
Next post/Next comment
k
Previous post/Previous comment
r
Reply
e
Edit
o
Show/Hide comments
t
Go to top
l
Go to login
h
Show/Hide help
shift + esc
Cancel
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.